Saturday, March 6, 2010

Mutiara Kata...


Menurut tafsir Hanafi, barang siapa yang menghafal 7 kalimah, ia dipandang mulia di sisi Allah S.W.T dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih-buih di lautan …..

1. Mengucap BISMILLAH pada setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Mengucap ALHAMDULILLAH pada seriap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ASTAGFIRULLAH jika lidah menyebut perkataan yang tidak sepatutnya disebut.

4. Mengucap INSYAALLAH jika merencana berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap LA HAULA WALA KUWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai atau tidak diingini.

6.Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi atau menerima musibah.

7.Mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah daripada lidah.



Wednesday, March 3, 2010

Tuesday, January 12, 2010

salam perkenalan.....


salam perkenalan untuk kohot 2......

semoga ukhuwwah yang terjalin akan kekal ke akhir hayat....

Monday, January 11, 2010

ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Ini link jurnal saya....


http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/42/E/JTJUN42E1.pdf


SINOPSIS


PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA


Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu (BM) didalam kelas. Seramai empat pelajar cemerlang dan empat pelajar lemah yang dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas dijadikan peserta kajian. Kajian ‘multicase single site ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemui dalam transkrip temu bual tersebut dengan menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan digunakan bersama oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan lemah di dalam kelas dalam menguasai kemahiran membaca BM.


http://www.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf
http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/IntICT.pdf




Sunday, January 10, 2010