Monday, January 11, 2010

ICT Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Ini link jurnal saya....


http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/42/E/JTJUN42E1.pdf


SINOPSIS


PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA


Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu (BM) didalam kelas. Seramai empat pelajar cemerlang dan empat pelajar lemah yang dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas dijadikan peserta kajian. Kajian ‘multicase single site ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemui dalam transkrip temu bual tersebut dengan menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan digunakan bersama oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan lemah di dalam kelas dalam menguasai kemahiran membaca BM.


http://www.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf
http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/IntICT.pdf




8 comments:

  1. Strategi Pembelajaran Bahasa(SPB) yang dikaji melihat apakah ciri-ciri yang paling banyak digunakan oleh semua pelajar dalam menguasai mata pelajaran bahasa melayu.Didapati proses meneliti apa yang dibaca dan membuat latih tubi mengenai apa yang dibaca merupakan cara yang paling popular dikalangan pelajar yang cemerlang di dalam subjek ini...

    ReplyDelete
  2. Kerajaan menggalakan penggunaan komputer dalam pendidikan untuk melahirkan pelajar celik komputer.Perkara ini adalah wajar penggunaan komputer dalam proses p&p adalah satu faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian pelajar selain itu wujudnya hubungan antara ransangan dengan jawapan,pelajar dapat mengulangkaji,dapat maklumbalasa terhadap pembelajaran secara langsung.Keberkesan proses p&p menggunakan maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru dan pelajar-pelajar terlibat.Antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan komputer seperti galakan dari pihak pengurus,penyediaan kemudahan komputer yang mencukupidan sokongan daripada rakan sekerja.
    Penggunaan komputer di kalangan pelajar amat sesuai untuk mencapai matlamat yang dirancang oleh pihak kerajaan yang sentiasa mengharapkan proses p&p meningkat dan memuaskan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Pada pendapat saya, guru perlu mempelbagai strategi pengajaran agar dapat membantu pelajar menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan.Salah satu daripadanya ialah Strategi Pembelajaran Bahasa.Penggunaan SPB dapat membantu pelajar berjaya dalam pelajaran bahasa. Pelajar yang berjaya dalam pelajaran BM adalah dengan menggunakan pelbagai SPB yang berkaitan dengan strategi kognitif dn metakognitif.Ia juga penting dalam kemahiran membaca kerana dapat membantu pelajar mempelajari BM dengan baik. Tetapi SPB berbeza di antara pelajar pandai dan pelajar lemah.Ini kerana pelajar lemah susah untuk menguasainya kerana mereka lemah dalam kemahiran menulis dan membaca.Oleh itu,pelajar lemah perlu diajar dengan kaedah yang mudah dalam SPB.Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar pandai dan pelajar lemah berbeza dari segi penggunaan SPB.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.

    Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Pada pandangan saya, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang besar dalam membentuk individu pelajar,ia perlulah menggunakan pelbagai kaedah kepada pelajar supaya pelajar dapat membaca dengan mahir. Strategi pembelajaran bahasa adalah satu kaedah yang baik yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dalam menguasai kemahiran membaca dengan mudah,cepat,cekap dan lebih menyeronokkan.Dengan kaedah ini juga kita dapat mengenali pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah,ini kerana pelajar cemerlang,mereka akan menggunakan pelbagai cara bagi meningkatkan kemahiran mereka manakala pelajar yang lemah,mereka hanya mampu menggunakan beberapa cara sahaja untuk menguasainya kerana mereka banyak bergantung kepada orang lain.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...
    Setiap individu mempunyai kebolehan yang berbeza dalam segenap aspek. Kepelbagaian dan perbezaan individu ini menyebabkan guru-guru perlu mempunyai kepakaran dan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza-beza. Strategi Pembelajaran Bahasa bukan sahaja boleh diaplikasi untuk pembelajaran bahasa sahaja tetapi boleh digunakan untuk subjek-subjek lain.

    ReplyDelete
  7. Pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan SPB ( strategi pembelajaran bahasa ) dalam kemahiran membaca ketika belajar BM di dalam kelas. Pelajar cemerlang bukan sahaja menggunakan strategi yang berkaitan dengan kemahiran membaca secara langsung, bahkan juga strategi yang tidak berkaitan dengan kemahiran membaca. Ini termasuklah SPB yang dikelompokkan dalam pola penghayatan agama seperti strategi BAS dan BDSB. Tegasnya, terdapat perbezaan strategi kemahiran membaca antara pelajar cemerlang dan pelajar lemah iaitu pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding dengan pelajar lemah dalam kemahiran membaca, beberapa pola atau tema SPB yang digunakan oleh pelajar cemerlang tidak digunakan oleh pelajar lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran bahasa seperti pola aktiviti bahasa, dan penghayatan agama, pelajar cemerlang menggunakan pelbagai strategi berkaitan kognitif dan metakognitif dalam menguasai sesuatu kemahiran bahasa berbanding dengan pelajar lemah dan kebanyakan SPB yang digunakan oleh pelajar lemah digunakan juga oleh pelajar cemerlang.

    ReplyDelete
  8. SPB bukan sahaja akan mempengaruhi penguasaan pelajar dalam bahasa melayu malayu malah ia turut mempengaruhi penguasaan subjek-subjek lain .Bahasa merupakan tunggakyang menentukan samada pelajar mudah menerima pembelajaran atau sebaliknya

    ReplyDelete